Wednesday, December 26, 2012

peranan

ello ello ello.. selamat pagi malaysia !!*bajet dj di suria.fm .. hehehee ~
wokey la, dipagi yang penuh dengan keberkatan nih, aku nak tanya kat hampa hampa semua ..
apa yang korang faham tentang tanggungjawab ?? peranan ?? atau secara manualnyee automatiknyee korang akan terbayangkan sibijik batu besar yang terjatuh dari langit lalo menghempap korang sehingga menjadi kemek.. ohhh!! No! dusshhh ~
tanggungjawab dan peranan merupakan satu word yang saling berkait rapat.. umpama adek beradik yang tak boleh dipisahkan*amboooii~ kali nih aku terase terpanggil untuk menghapdet tentang tanggungjawab dan peranan seorang suami dalam institusi kekeluargaan.. ape?? suami ?? no no no.. aku isukan benda nih bukan sebab aku nak berumahtangga mahupun ber'askelator*tak pandai eja.. tapi faktor sekeliling yang membuatkan aku rasa ingin menghapdet tentang itu. haaa~ bukan nak kondem lelaki diluar sana tapi hanya ingin tahu dan berkongsi.. heheehe ..
 lahirnya kita kedunia nih, bermulalah satu lembaran baru dalam kehidupan kita.. kita yang mencorak dan mewarnai setiap langkah yang dihayun kehadapan.. dilahirkan sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapa, mula melangkah ke alam persekolahan menjadikan kita seorang pelajar yang mempunyai tanggungjawab dalam menuntut ilmu sehinggalah kita ke menara gading*bayangan pada gading si gajah.. kemudian langkah kaki masih dihayunkan sehinggalah ke alam pekerjaan, disini berliku liku cabarannya dalam menyempurnakan kisah hidup.. sehinggalah diseru untuk mendirikan rumahtangga dengan insan yang telah tertulis di loh mahfuz.. begitulah tanggungjawab kita sepanjang bergelar seorang anak. namun ketahuilah wahai lelaki.. selagi hayatmu masih panjang, tanggungjawab dan perananmu adalah pada seorang ibu.. ibumu yang melahirkan, membesarkan dan mendidikmu.. isterimu yang melahirkan, membesarkan dan mendidik zuriatmu .. janganlah sesekali engkau abaikan kedua dua ibu yang mewarnai hidupmu..
*eh eh, aku nih tengah melalut cerita pasal suami ke anak?? yang mana satu nih?? hurrmmm ~ sebenarnya kedua duanye adalah untuk mereka yang bergelar lelaki.. ape dia murid murid??haaaa~pandai pun.. heheeheehhe~

lelaki
kaulah anak 
kaulah suami
kaulah bapa
kaulah tunjang utama dalam berumahtangga
kau adalah segalanye bagi seorang wanita..

tapi ada juga dikalangan lelaki yang tidak mengetahui betapa besarnye tanggungjawab dan peranan mereka.. bukan hanya memberikan nafkah zahir dan batin sahaja.. namun nilai kasih sayang perlu diterapkan dalam institusi kekeluargaan itu sendiri..

apakah nilai seorang wanita dimata lelaki??*tuh kene ler mintak pandangan pada lelaki lelaki diluar sana.. hehehehee. so kasihilah ia .. sayangilah ia.. hargailah ia.. bantulah ia..
lelaki yang baek adalah lelaki yang menyayangi ibunye*kata kata mak pada aku setiap kali aku berkongsi cerita tentang lelaki dengannya..

moga aku dipertemukan dengan lelaki yang benar benar bertanggungjawab, penyayang, dan menghargai seorang wanita.. =)

iklan penaja :-
aku ingin merasai kasih sayang seorang 
yang bergelar AYAH..

No comments:

Post a Comment