Tuesday, April 2, 2013

cekalkan hatimu . inshaAllah .

Saat orang lain gembira menerima segulung diploma.. saat tuh la aku menitiskan airmata.. airmata kegembiraan ?? mungkin tidak . nih bukan la airmata kegembiraan yang aku nantikan buat sekian lama tapi airmata kesedihan . sedih kerana aku tak mampu memberi senyuman pada kedua insan yang aku amat sayangi . sedih sebab aku dah kecewakan hati mereka . betapa sedihnye aku disaat nih . kalo nih semua tak terjadi mungkin aku dapat menggembirakan hati mak and abah saat nih.. kalo aku tak extend mungkin mak abah dapat hadir dihari konvoksyen aku esok and aku turut tersenyum gembira bersama kengkawan saat nih .. Ya Allah, walaupun keperitan ini sudah lama aku terima dengan redha namun aku jua hanya insan biase yang tak mampu tuk menahan rasa hiba+sedih+sebak disaat ini.. melihat mereka dengan jubah konvo dan topi konvo  membuatkan aku menahan rasa ini .. rasa yang aku sendiri tak pasti sampai bila harus aku tahan . walaupun aku tahu saat ini bukan aku keseorangan namun aku juga merasai ape yang kawan kawan aku rasakan.. yer, aku bukanlah keseorangan dalam kelas extend nih . hampir setengah budak kelas aku yang senaseb dengan aku tapi .... perasaan kami adalah sama dikala ini. mungkin betoi ape yang sesetengah orang katakan . usaha yang kami lakukan untuk mengecapi kejayaan itu terlalu sikit berbanding mereka yang berjaya dan aku juga percaya semua yang terjadi pasti ade hikmah yang bakal kami semua perolehi daripadaNYA.. tiada siapa mahukan semua nih terjadi . siapa yang nak gagal ?? ade ?? namun ape hak kita untuk menolak takdirNYA ?? mungkin benar kita haruslah berusaha dalam mengubah takdir itu namun andai usaha + tawakal kita tidak mencukupi .. pasrah dan redha la jalan yang terakhir harus kita lalui .. dan sekarang aku telah pun melalui saat saat keperitan dan kesedihan ini.. kelas extend aku juga dah hampir tamat kepenghujung . mudah mudahan nih la sem yang terakhir aku dan kawan kawan ku di poli .. segala kedukaan ini kian terubat dengan sokongan dan kekuatan dari insan insan yang menyayangi diri ini .. terimakasih yang tak terhingga buat kalian . lebiu dari wahida rahim ;) moga segalanye berakhir dengan senyuman . tabah + kuatkan ati ini .. DIA sentiasa ade .. 

buat sahabatku, 
terimakasih atas peringatan n nasihatmu ..
inshaAllah, hati ini harus terus cekal walaupun payah .. 


#copypaste pesbuk
tenkiu Siti NurHidayah binti Abdul Samad =)

No comments:

Post a Comment