assalamualaikum .
ok ler, kali nih memang tak tahu nak uat entry tentang ape .
u all any idea ?? o0hhh ~
sempena ramadhan yang dah pun menjelma nih aku ingin mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK .
rasanya lom terlambat lagi kan ?? so jalanilah ibadah puasa dengan penuh rase keinsafan dan ketaqwaan .. =)
alhamdulillah , dah 9 hari semua umat islam diseluruh dunia menyambutnye . cepat toi masa tuh berlalokan ? kengkadang tuh sampai tak terase mase tuh berlalo pergi meninggalkan kita . semakin kita mengejar masa itu , semakin jauh ianya pergi ..
perghhh ~ bersastera la pulak .
wokey ler , bersempena bulan yang mulia nih meh cini kak jemah nak kongsi sedikit ler tentang kelebihan or fadhilat dibulan ramadhan nih . banyak fadhilatnye tau .. memang sangat bermakna bulan ramadhan nih . time nih la yang di nantikan setiap tahun .. moh bace celoteh aku dibawah tentang kelebihan-kelebihan tersebut ..
perghhh ~ bersastera la pulak .
wokey ler , bersempena bulan yang mulia nih meh cini kak jemah nak kongsi sedikit ler tentang kelebihan or fadhilat dibulan ramadhan nih . banyak fadhilatnye tau .. memang sangat bermakna bulan ramadhan nih . time nih la yang di nantikan setiap tahun .. moh bace celoteh aku dibawah tentang kelebihan-kelebihan tersebut ..
* Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya.* Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.* Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.* Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.* Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.* Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.* Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.* Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam.* Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.* Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat.* Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa.* Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.* Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.* Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.* Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.* Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.* Di beri pahala seperti pahala para Nabi.* Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.* Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.* Di beri pahala para syuhada dan salihin.* Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.* Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.* Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga.* Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan.* Di hapuskan dari seksaan kubur.* Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.* Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.* Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga.* Diberi pahala seribu haji yang mabrur.* Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku...
aminnnn ~~
SELAMAT BERSAHUR SEMUA ! =)
aminnnn ~~