hey pada anda yang membaca entry nih tanpa sengaja or di sengajakan ..
yer , awak la . sapa lagi .. hehehehe ~
untuk entry kali nih aku nak citer pasal bekam . korang tahu apa tuh bekam kan ? iyer ~ semestinya ada dikalangan kita yang dah terbiasa , terselalo mahupun terkerap membuat rawatan bekam nih untuk mengeluarkan darah-darah kotor didalam badan kita . kotor bukan bermaksud dicemari oleh sampah sarap mahupun air kumbahan yang melampau tau .
dah lama aku cari rawatan bekam sekitar Ipoh tapi tak jumpa pun .. maybe ada tapi aku lom lagi ketemu .. so ada siapa-siapa diluar sana yang tau kat mana pusat rawatan bekam di sekitar Ipoh tak ?? help me ~~
wokey la , bila cakap pasal bekam mesti ada yang terbayang-bayangkan darah kan ? nama pun tuk mengeluarkan darah kotor .. so mesti ler darah yang kuarkan . tak kan lemak pulak yang kuar . kalo lemak mesti dah dipanggil bekam lemak . kalo ada bekam lemak pun best jugak kan .. orang gemuk pun boleh jadi kurus . wahhh ~ best tuhhh .. dan orang pertama yang sonok mesti ler aku .. haahahahahaha ~
Bekam nih bagus tau tuk kesihatan tubuh badan kita . Untuk pengetahuan korang , bekam nih boleh merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat dipulihkan . contoh penyakit tuh :
ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolestrol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, buah pinggang, tekanan dan banyak lagi ...
selain tuh, bekam jugak boleh merawat penyakit yang berpunca daripada racun dan sihir. Dari Ka'ab bin Malik r.a, beliau meriwayatkan ada seorang wanita yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi s.a.w di Khaibar. Beliau bertanya, "apakah ini?". Wanita itu menjawab, "hadiah". Wanita itu cukup berhati-hati supaya tidak sampai menyatakannya sedekah sehingga beliau tidak mahu memakannya sama sekali. Kemudian, Nabi s.a.w dan sahabat-sahabatnya pun makan. Tiba-tiba beliau bersabda, "Hentikan". Kemudian beliau bertanya kepada wanita itu, "Apakah engkau telah meracuni kambing ini? ". wanita itu menjawab, "Ya". Nabi s.a.w bertanya, "mengapa?". wanita itu menjawab, "aku ingin sekiranya engkau seorang pendusta, orang-orang segera boleh beristirehat dari kedustaanmu tetapi seandainya kau seorang Nabi maka itu tidak akan merbahaya bagimu." Maka Nabi s.a.w berbekam tiga bekaman ditengkuk serta memerintahkan para sahabatnya supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam, tetapi sebahagian dari mereka meninggal.
( Hadis Riwayat Bukhori )
haaaa ~ rupa-rupanya bekam nih dah diguna pakai berabad lamanya. so rawatan nih memang bagus untuk merawat tubuh badan kita. sesuai untuk golongan muda dan tua . apa lagi ..
jum try !!
untuk mengetahui lebih lanjut tentang bekam .
korang boleh la search pada yang pakar .
sekian . =)
iklan
melilau mencari pusat rawatan bekam
"manalah kau wahai bekam .. hurmmm ~"
No comments:
Post a Comment