Saturday, July 28, 2012

Fadhilat Ramadhan Al-Mubarak

assalamualaikum .
ok ler, kali nih memang tak tahu nak uat entry tentang ape . 
u all any idea ?? o0hhh ~ 
sempena ramadhan yang dah pun menjelma nih aku ingin mengucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK .
rasanya lom terlambat lagi kan ?? so jalanilah ibadah puasa dengan penuh rase keinsafan dan ketaqwaan .. =)
alhamdulillah , dah 9 hari semua umat islam diseluruh dunia menyambutnye . cepat toi masa tuh berlalokan ? kengkadang tuh sampai tak terase mase tuh berlalo pergi meninggalkan kita . semakin kita mengejar masa itu , semakin jauh ianya pergi ..
 perghhh ~ bersastera la pulak .
wokey ler , bersempena bulan yang mulia nih meh cini kak jemah nak kongsi sedikit ler tentang kelebihan or fadhilat dibulan ramadhan nih . banyak fadhilatnye tau .. memang sangat bermakna bulan ramadhan nih . time nih la yang di nantikan setiap tahun .. moh bace celoteh aku dibawah tentang kelebihan-kelebihan tersebut .. 

* Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya.
* Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
* Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah    mengampuni dosamu yang telah lalu”.
* Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
* Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.
* Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
* Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.
* Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam.
* Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
* Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat.
* Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa.
* Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.
* Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.
* Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
* Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
* Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
* Di beri pahala seperti pahala para Nabi.
* Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
* Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
* Di beri pahala para syuhada dan salihin.
* Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
* Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
* Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga.
* Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan.
* Di hapuskan dari seksaan kubur.
* Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.
* Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
* Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga.
* Diberi pahala seribu haji yang mabrur.
* Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku...


aminnnn ~~


SELAMAT BERSAHUR SEMUA ! =)


No comments:

Post a Comment