wokey ler . bersempena ramadhan al-mubarak nih .. mesti banyak kotak-kotak kurma di pasaraya-pasaraya terkemuka mahupun yang tak bermuka . heehheehhe ~
asal puasa je , kurma .. asal kurma je mesti puasa .. kira memang dah berkait rapat la dua benda nih .. bila nak cari kurma yang murah je mesti kita akan cakap
" time bulan ramadhan je dapat kurma yang murah-murah nih "
yeke ? aku rasa tak sebegitu rupa pun .. sebab secara mata kasar aku ler mendapati harga kurma standard je .. tak kira la time puasa mahupun tidak bulan puasa .. maybe harga sesebuah kurma itu terletak pada kualiti sebijik kurma yang memiliki gred A+++ .. and kurma yang akan menjadi pilihan family aku ialah .... jeng . jeng . jeng ..
KURMA YUSUF TAIYOOB
*kurma madu yuta*
nih la wajah muka kotak kurma tersebut ..
haaa ~ biasa nampak kan ?? memang ler .. berlambak-lambak kat pasaraya nun .. senang didapati dimana jua anda berada tapi akak aku cakap kat belah-belah sarawak susah nak dapat .. so bila tiba je bulan ramadhan , mak akan pos kan 2,3 kotak kat akak aku untuk bekalan dihari yang mendatang .. ehheheehe ~
untuk pengetahuan korang lah .. kurma nih banyak khasiat yang terkandung .. pelbagai khasiat yang badan kita boleh perolehi daripada sebijik kurma .. untuk mengetahuinye dengan lebih lanjut ?? moh ler baca bebelan aku dibawah nih ..
Buah kurma atau juga dikenali sebagai tamar dalam bahasa arab adalah sekumpulan jenis palm umpama bijik kelapa sawit manakala tangkainya pula seperti buah pinang .. kurma mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti kismis dan aprikot kering . Kandungan yang terdapat dalam sebijik kurma adalah protein, serat, gula, vitamin A dan C serta mengandungi zat besi seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
wahhhh ~ banyakkan khazanah-khazanah yang terkandung dalam kurma .. tengok je kecik camtu tapi sapa tau khasiatnye 1001 yang baik untuk tubuh badan kita .. =)
Kandungan protein yang terdapat didalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa .. ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semula.. so maknenya bila kita makan kurma, tenaga yang diserap dalam tubuh badan adalah serta-merta.. berbeza dengan kandungan gula dalam buah-buahan yang dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu yang biasanye mengandungi sukrosa, ianya tidak boleh menyerap terus dalam tubuh badan kita. Ianya perlu dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap oleh tubuh badan sebagai tenaga.
kita disunatkan untuk berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa selama 13jam memerlukan tenaga setelah seharian berpuasa. Hal ini kerana kandungan tenaga yang terdapat didalam kurma memudahkan kita untuk menunaikan solat maghrib dan solat terawih.
makan kurma tanpa membuang kulitnya yang mengandungi serat amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ianya melawaskan pencernaan. Kandungan vitamin A dan C amat tinggi khalal dan rotab serta akan menurun pada peringkat tamar . Kurma juga mengandungi zat galian yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium perlu untuk tubuh badan untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Selalonye potasium nih ada pada susu, yogurt dan makanan laut tetapi jumlah potasiumnye hanya sedikit sahaja . Pengambilan potasium yang berlebihan tidak memudaratkan tubuh badan malah ianya merangsang selera makan bagi yang berpenyakit dan bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan dan menguatkan ingatan. Orang selalo beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnye kurma juga sebegitu rupa . so kalo korang makan kedua-duanya sekali elok sangat ler untuk kuatkan saraf ingatan korang .. maybe kalo makan kedua-duanya boleh menambahkan daya ingatan yang baik ..
Kurma diakui sebagai buah yang berkhasiat dan sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mukminah ayat 19 :
"Kemudian kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu perolehi buah-buahan yang banyak, dan sebahagiannya kamu makan".
Diriwayatkan oleh Aishah r.a yang menerangkan kurma mengandungi ubat.
"Jika sesiapa yang selalo makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan".
Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s dibawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegarkan pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah s.w.t , ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s ..
Dalam perubatan pulak , kurma amat baik untuk merendahkan tekanan darah tinggi . so kalo mak ayah korang yang ade darah tinggi itu elok sangat ler untuk merendahkan dengan mengambil beberapa bijik tamar buat santapan harian . Selain itu, kurma juga dikatakan menambahkan tenaga batin . yeke ?? bio benar ?? hurmmm .. Jus buah kurma maybe baru dinegara kita tapi dinegara pengeluar selain dimakan segar, kurma juga dikeringkan dan dibuang bijik dan digantikan dengan kacang tanah ataupun badam bagi menyedapkan . Kurma juga turut dijadikan jem , sirap dan bahan tambahan dalam aiskrim .
aiskrim ?? wahhh ~ sodap tuh . my feberat !! pe lagi .. jum la kita try .. mesti rasanya lagi sedapkan ? .. kalo nak tahu keenakkannya kena la try dulu .. ehheehehe ..
wokey, korang dah abis baca ?? amacam ? banyakkan kelebihan yang dimiliki oleh incik kurma jadi jangan time puasa je baru kita nak makan kurma .. anytime je kita bole makan . Kurma pun boleh dijadikan pencuci mulut selepas makan . aku sendiri makan kurma time tengok citer filipina kegemaran aku .. kurma digantikan dengan makanan ringan . kelassss kau jah . eheheheheheheh ~
aiskrim ?? wahhh ~ sodap tuh . my feberat !! pe lagi .. jum la kita try .. mesti rasanya lagi sedapkan ? .. kalo nak tahu keenakkannya kena la try dulu .. ehheehehe ..
wokey, korang dah abis baca ?? amacam ? banyakkan kelebihan yang dimiliki oleh incik kurma jadi jangan time puasa je baru kita nak makan kurma .. anytime je kita bole makan . Kurma pun boleh dijadikan pencuci mulut selepas makan . aku sendiri makan kurma time tengok citer filipina kegemaran aku .. kurma digantikan dengan makanan ringan . kelassss kau jah . eheheheheheheh ~
iklan
broOooomm ~
menuju ke tesco untuk memborong selori kurma .
heheehhehehe ~
No comments:
Post a Comment